Wednesday, December 16, 2009

Cuti Sekolah Yeah!!!

Wah! Lama juga tak masukkan entri eh. Pejam celik pejam celik, dah pun kita hampir ke penghujung tahun. Macam susah nak percaya gitu. Haiz.. Keluh Keluh. Harap2 sgt Disember ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. heheh :)

Oh btw, I will be leaving for Umrah in a few days time. Insya Allah, we will be going to Saudi Arabia, then Jordan then cross the border to Israel to get to Palestine. Doakan me and family selamat k? Till January..

Sunday, April 05, 2009

Wedding Sana Sini



Pada bulan lepas, 2 of my relatives got married. Actually 3 lah - cos Asmah and Fairus got married on the same day. Madam Mazlina lak was held a bit later in the month. Take a look at the pictures below. Kita saksikan perbezaan majlis perkahwinan pengantin baru dan pengantin lama...

We shall start with Asmah and Fairus nyer wedding.


Kaum puak selagi-selagan ambil gambar kat pelamin yang besau ini...

My parents and Fir tgh sibuk 'interviu' pengantin
This is Fairus and Aishah
This pulak, Anuar and Asmah



NOW, take a look at Pengantin Lama.... ------- > :)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Pengantin lama dengan anak lelaki sulung...
Photobucket

Photobucket
Tolong jangan tanya saya ini majlis perkahwinan jenis apa. Semua tgh lepakz2. Nampak tak pengantin lama tgh 'makan berdamai' kat background? Instead of suap-ing suami tercinta, pengantin pompuan tengah layan diri (self service) .. woo hooo!



Now, memperkenalkan orang2 penting dalam any majlis perkahwinan... Macam Fa..


SELAMAT HARI LAHIR 2009

Masa berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan... Hari lahirku tiba lagi. Alhamdullillah. Allah (swt)masih mahu memberi kesempatan bagi diriku untuk terus merebut dan mengumpul pahala untuk kegunaan di kemudian 'hari'. Syukur juga, aku masih di kelilingi orang-orang yang disayangi. Walaupun kesihatanku mula menunjukkan bibit-bibit yang aku akan segera kembali, aku tetap bersyukur dan redha dengan ketentuan ini. Semangatku semakin kuat meniti hari.

Jadi, apa salahnya aku bergembira pada hari yang ku anggap istimewa ini? Rasanya macam satu kesalahan besar dan merupakan satu beban yang teramat yang perlu dipikul untuk membuat aku tersenyum, walau sesaat - dan bukan memulakan hari dengan rendaman air mata. Sukarkah permintaanku ini? Aku tidak perlukan emas dan permata, sambutan di restoran-restoran nan gah mahupun pembelian hadiah cuma. Tidak! Aku tidak perlukan itu semua. Hanya sekadar ucapan ikhlas dari mulutmu. Ya, hanya dari mulutmu.

Selamat Hari Lahir.

Sunday, March 01, 2009

My New Interest in Life (tapi part time jer...)

Cubalah teka, apa agaknya kena-mengena nama2 di bawah ini dengan saya?

1. Rosita (22/2/2009)
2. Ramijah Binte Isman (1/3/2009)
3. Hajjah Nasuha (21/3/2009)
4. Assamah Binte Abdollah (31/3/2009)
5. Nahipah Sakiran (4/4/2009)
6. ?


Siapa bijak meneka akan mendapat hadiah...

Sunday, January 18, 2009

GUA TEMPURUNG

Pada Disember yang lalu, aku dan seisi famili sebelah suamiku (aka Marmin Clan) telah pergi ke Gua Tempurung. Kami telah berada di KL selama bbrp hari sebelum berangkat ke gua itu. Perjalanan dari KL ke Gua Tempurung mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Sebaik sahaja kami sampai di situ, kami terus mendapatkan tiket. Tak lah mahal sangat. Ada beberapa laluan yang boleh diikuti. Kami mengikuti laluan yang ketiga. Kata pemandu gua itu, laluan ketiga ini sesuai untuk semua peringkat umur. Kami, yang seramai 22 orang, umur daripada 44 tahun hingga ke 2 tahun. Kami juga harus bersedia kerana laluan yang kami pilih ini akan membuat kami basah. Semua orang teruja. Rasanya, mak2 dan bapak2 budak lebih teruja daripada si anak2 :)

Kami mengharungi denai dan lurah. Keadaan di dalam gua itu gelap dan sejuk. Ada sejenis bau juga yang menyinggah hidung kami. Menurut pemandu gua itu, kami tidak harus menegur atau mengambil apa2 daripada gua itu. Kami juga tidak dibenarkan mengalihkan batu.

Kami berseronok melintasi air yang paras paha dan ada satu ketika kami terpaksa membuat 'commando crawl' dalam air kerana paras siling yang sgt rendah. Kami juga menggunakan lampu suluh untuk melihat.

Ada bbrp insiden yang tidak dpt kami lupakan. Antaranya ialah apabila kami diminta melungsur batu sejauh 3m dari paras bumi. Oleh kerana kami basah, lungsuran itu menjadi lebih laju. Semua kanak-kanak melungsur dengan gembira. Malangnya, apabila tiba untuk Mama (aka Mdm Mazlina) mencuba, badannya mula terketar-ketar. Lututnya terbongkas. Dia melungsur ke bawah dengan penuh dramatik. Cukup dgn sound effect. Orang di keliling tidak dpt menahan gelak. PAdahal, muka Mama selamba aja. Dia tidak dpt menahan ketakutan. Kami pecah perut.

Sesudah meredah air dan mendaki gua itu, kami dijemput oleh arus air yang begitu deras di luar gua. Apa lagi? Kami berendam dan bermandi-manda macam dayang-dayang menemani permaisuri.. Sila lihat gambar2 ini.

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday, January 11, 2009

Kelas-Kelas Jagaanku utk Tahun 2009

Tahun ini, aku diamanahkan untuk membimbing kelas-kelas 1E(HML), 3E(Band 1), 3N(Band 2), 4E(Band 2), 4N(Band 2) dan 3T. Aku sudah berjumpa dengan pelajar-pelajar ini. Nampaknya, mereka merupakan pelajar-pelajar yang baik. Pelajar-pelajar yang menghormati guru. Alhamdullilah..

Namun, aku mesti nak komen sikit mengenai kelas 3T. Rasanya, dalam 5 tahun aku mengajar di Siglap, inilah kali pertama aku berjumpa dengan kelas yang cukup lain dari yang lain. Sedih betul tengok gelagat anak-anak melayu lelaki yang cukup biadap dan tidak mengendahkan peraturan-peraturan kelas.

Selalunya, kalau kelas itu belum mengenali guru, mereka akan lebih berhati-hati untuk membuat nakal atau melanggar peraturan sekolah. Yang ini! Subhanallah. Cukup luar biasa. Berani aku katakan yang inilah kelas yang paling sukar aku bimbing dalam tempoh 5 tahun. Ada lebih kurang 6-7 pelajar yang degil, yang tidak mengumpamakan guru, yang sengaja hendak tunjuk besar, yang mahu tunjukkan kepada semua orang yang dia memang berani melanggar arahan guru. Aku geleng kepala.

Kalau aku nak bandingkan kelas ini dengan kelas bimbinganku pada tahun 2006-2007, haiz, bagai langit dan bumi. Kelas itu pun tak kurang kenakalan mereka. Tetapi mereka tahu menghormati guru. Mereka pegang pada janji, mereka mahu belajar, mahu mendengar nasihat. Rindu pula dengan mereka semua. Mereka sudah 2 tahun keluar dari sekolah. Antaranya ialah Sadat, Misbah, Faiz, Fadzzal, Irwan, Shane, Michelle, Ain, Shahmi, Asyraf... Bagai nampak, satu kelas lah aku rindu. Aku tak boleh lupakan saat-saat bersama mereka, terutama semasa ke Genting. Cukup seronok. Semoga aku akan dapat kelas yang seperti ini, di lain masa, Insya Allah.

Buat sekarang, kelas 3T akan kuharungi. Semoga dengan kecekalan hati, mereka akan dapat dilentur untuk menjana generasi yang berwibawa. Amin.

Kusisipkan gambar-gambar 3T/4T(2006-2007).

Photobucket
Shane jadi Class Manager for 2 years running

Photobucket
Ini semasa RHD '07 (Faiz, yang paling depan sekali, posing mentel)

Photobucket
Ini pula pelajar perempuan, bergaya selepas RHD '07

Photobucket
Sekelas 4T2 ( 2007) How i missed them...

Photobucket
Sadat eksyen2 jadi tok kadi, nikahkan Faiz.

Photobucket
Pada awal, tahun, pelajar2 ini dtg ke rumah utk AGM.
(Annual General Meeting) haha..

Photobucket
Ini pula RHD '06. Seronok we all buka kedai Sadat Sedap!

Photobucket
Bergambar setelah berpenat-lelah..

Photobucket
Sadat jual ayam yang ber'jenama' Sadat Sedap

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kami juga buka kedai permainan. Mereka membuat
lubang dan menghiasi sendiri papan ini
Best la they all ni!

Friday, January 09, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Pejam celik pejam celik, sudah hampir setahun lebih aku tidak menulis. Minta maaf banyak-banyak lah, ya? Bukan apa, sibuk dengan urusan. Walau bagaimanapun, azam tahun baru ini ialah untuk mencatitkan sekerap mungkin melalui blog ini (secara konsisten).

Sebagai permulaan, anakku, masih 3. Tak tambah tak kurang :) Mudah-mudahan, akan kekal begini. Bukan tak mahu rezeki (anak) lebih, cuma...

Aku masih lagi mengajar di Siglap. Rasanya macam tak boleh keluar gitu. Haha.. entah mengapa. Agaknya dah kena sumpah. Pelajar-pelajar di Siglap semuanya baik-baik belaka. Latar belakang mereka menarik sungguh. Cukup pelbagai.

Tahun lepas, aku ditugaskan untuk membimbing kelas 1N1. Waduuuh! Macam-macam personaliti yang pelik-pelik. Kalau dah kelas 1N tu, pastinya ramai pelajar Melayu. Aku naik hairan melihat latar keluarga mereka yang cukup berwarna. Nantilah, kalau ada masa, akan ku ceritakan.

Cakap punya cakap, tahun lepas, aku pergi ke Mauritius. Seronok! Air lautnya membiru semacam. Tak macam air laut kat Singapura - yang kelabu asap. Kenapa eh, agaknya? Nanti aku akan muat naikkan gambar k?

So, apa harapan untuk tahun ini? Mula-mula sekali, aku mengharapkan kesihatan yang mantap. Kedua, aku mahukan anak-anakku berjaya dalam pelajaran. Tahun ini, Nurfatin akan mengambil peperiksaan PSLE. Semoga dia berjaya. Yang lainnya, biasa ah.

So, nantikan entri-entri yang akan datang, Insya Allah.. Sekian

my picture

my pic

Photobucket

Photobucket

Saturday, December 22, 2007

Haji 2007(2nd Entry)

Alhamdullillah. Now bak and mak finished the ritual for hajj. Now u can call bak Haji Azni and as for me, Hajjah Hajjah Latifah. Hehehhe! Cos I 2 times go mah!





On the last day that I updated, we left for Arafah for Wukuf. Means we must be at Arafah on the 9th Zulhijjah from zhuhur prayers till dawn the next day. That day, konon2nya macm kat padang masyar gitu. U know? The place where ppl gather after they have been resurrected after they die. Hidup selepas mati. Semua org kena pakai ihram. Girl tak pakai cos nanti no shame. heheh!





U know, I mentioned that Mecca is now having winter tapi duirng the wukuf time...Subhannallah. Punyerlah panas. Matahari macm ada kat atas kepala. Our ustaz say, kalau real day punyer hari pembalasan more worse cos matahari like 10cm away from yr head! Real Hot rite?





This place rite, all doa2 and prayers akan dimakbulkan becos Allah(swt) turun ke langit bersama para malaikat. They very near with us u know. Can feel the difference. Abih kita doa sampai cry2 then mata all bengkang then selsema all. Me and bak prayed for all of you - Eh non, Grom, Ribut, mamu, Nani apa, atuk, nenek... alll lah easy to say. We said a special prayer for Mamu. Cos he naughty wat!



Then at night, we wait for bus to go collect stones at Muzdalifah. Guess wat? Semua org kat Arafah tu dah keluar from the palce to take the bus. Tinggal mak nyer group jer tak naik2 bas. U know why? Cos bus dia tak sampai2. We waited till there were no one ard. Tempat jadi gelap. Got nyamuk some more!! Then we wait some more till seow then the bus come.



Sekali bas yang datg sikit nyer 'obit'. Kaki tak lei nak bergerak cos the tempat duduk dekat2. Guess how long we were in bus? 1 hour? 2hours? Nope! To be exact, almost 10 hours!!! And u know how far the journey is? Only for abt 10km. Like dari Pasir Ris gi Chai chee gitu. Can u imagine? Jammed up all over the plac becos every1 doin the hajj is goin the same way. Macm nak rak!! There is one makcik who really need to pee. The bus cant stop. So.... guess wat? She terpaksa she-she kat dalam botol! Oh my GawD!!! All these show that manusia ni mmg tak sempurna and that doin hajj is not easy. Hajj teach u to be humble, tawaduk and patience. Toilet kat Arafah tu mmg lah teruk cos 1 otilet kena share with 100o people. Can u beat that? But my doa terkabul Sey Non Sey Non... Mak tak jumpa super dirty toilet. I survived Arafah's Toilet!!! Yippeeee... Syukur alhamdullilah.



Bak cakap 'dah'. Bak suruh mak end this typing now cos this place smell of rokok! Yucks...



Nanti kalu ada time, mak tulis lagi k?